Advertising
Central Coast ‘Tepuk Dahi’ Layan Kunjungan JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jaguh Australia, Central Coast Mariners berdepan tugas berat menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Aksi ketujuh AFC Champions League Elite (ACLE) ini menyaksikan skuad Harimau Selatan yang menghuni tangga ke-6 kumpulan dengan 8 mata.

Ad

Kunjungan JDT ke Australia menentang pasukan tercorot kumpulan itu memberi kelebihan berdasarkan prestasi semasa pasukan.

Ad

Prestasi semasa Central Coast tidak memberangsangkan selepas hanya berjaya memenangi dua perlawanan dalam tempoh 10 aksi terakhir.

Persembahan JDT pula sebaliknya apabila konsisten melakar kemenangan dalam 9 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.

Ad

Bukan itu sahaja, anak buah Hector Bidoglio kini memperoleh tonik tambahan selepas kehadiran tiga tonggak baharu iaitu pertahahan kental, Alvaro Gonzalez bersama Jonathan Viera dan juga Roque Mesa.

Ad

Ketiga-tiga pemain ini dibawa masuk bagi jendela perpindahan ketiga AFC untuk memantapkan lagi perjuangan JDT yang kehilangan khidmat Park Jun-heong dan juga Murilo Henrique.

Ad

Aksi antara Central Coast Mariners menentang JDT akan berlangsung pada 11 Februari di Gosford, Australia.