Advertising
Hector Bidoglio: Kecederaan Jorge Obregon Tidak Serius
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio memaklumkan kecederaan yang dialami penyerang Colombia, Jorge Obregon ketika menentang PDRM FC tidak serius.

Penyerang berusia 27 tahun itu menjadi sebahagian daripada enam tonggak import yang diturunkan Bidoglio ketika menentang The Cops.

Ad

Obregon turut mencetak gol pertama daripada empat gol JDT dalam perlawanan tersebut. Gol itu turut menamatkan penantian gol beliau sejak 1 November 2024.

Ad

Walau bagaimanapun, bekas penyerang HNK Rijeka itu mengalami kecederaan ketika cuba menyudahkan hantaran Juan Muniz. Susulan itu, Bidoglio memasukkan Jese Rodriguez sebagai pengganti Obregon.

Apabila ditanya tentang keadaan terkini beliau, jurulatih Venezuela itu memaklumkan kecederaan yang menimpa Obregon tidak serius.

Ad

“Obregon mengalami kecederaan di bahagian kuadricep tetapi ia tidak serius. Tapi saya memilih untuk mengeluarkan Obregon kerana aksi kita yang seterusnya cukup penting bagi kita.

Ad

“Kita memerlukan semua pemain berada dalam keadaan yang bagus (untuk aksi berikutnya),” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan.

Ad

Kemenangan 4-0 ke atas PDRM meletakkan Harimau Selatan pada kedudukan terbaik untuk meraih kejuaraan liga buat kali ke-11. Mereka kini perlu menewaskan Perak FC pada 27 Februari untuk mengesahkan kejuaraan.

Fokus JDT kini beralih kepada Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Mereka akan menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari ini.

Aksi ACLE menyaksikan JDT diperkuat tiga tonggak Sepanyol iaitu Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez dan Roque Mesa.