Advertising
CEO Perak Angkat Kaki
MakanBola
Perak FC

Ketua Pegawai Operasi Interim Perak FC, Dato Bobie Farid Shamsudin membuat pengumuman bahawa beliau melepaskan jawatannya.

Bobie membuat pengumuman tersebut di dua platform media sosial yang berbeza iaitu di Facebook dan juga Thread.

Ad

Bagi Bobie, beliau akan menumpukan kepada rakan-rakan niaga di XOX yang sudah lama beliau tinggalkan. Dalam masa yang sama Bobie melihat sukan bola sepak susah untuk diperbetulkan.

Ad

“Dengan rasmi nya hari ini saya melepaskan jawatan interim CEO Perak FC. Dah lama sangat saya tinggalkan rakan rakan niaga saya. Back to real Work, real People. Bagi saya sukan ini susah nak repair,” coret Bobie di laman Thread.

Manakala di laman Facebook, TBG Super Fan, Bobie telah menjawab pertanyaan penyokong berkenaan keputusannya dan Bobie menjelaskan bahawa keputusan peletakan jawatan ini adalah 100 peratus benar.

Ad

“Kali ni 100 peratus confirm (letak jawatan). Saya malas nak bazir masa dah. All the best semua,” jelas Bobie di laman Facebook.

Ad

Keputusan Bobie ini selepas melihat pasukan Perak kecundang 1-2 kepada Kuching City FC di laman sendiri dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri Perak pada Selasa.

Ad