CEO Perak Ikut Cadangan Penyokong
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin menganggap jersi home yang dilancarkan pasukan baru-baru ini adalah berdasarkan permintaan penyokong.

Bobie berkata harga mampu milik iaitu hanya dengan harga RM39 untuk sehelai jersi fans issue adalah permintaan penyokong yang mahukan pihak kelab mengeluarkan jersi original dengan ‘harga marhaen’.

“Betul profit margin untuk pasukan sangat sangat kecil namun saya terpanggil dengan permintaan penyokong perak tahun lalu yang memberi cadangan agar Perak FC mengeluarkan Jersi dengan Harga Marhaen sesuai dengan keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.

Advertisements

“Semoga dengan harga ini ianya dapat menyantuni hasrat peminat untuk merasakan sebahagian daripada kelab ini dan juga yang paling utama ialah (mengatasi) isu cetak rompak yang dah bertahun-tahun tak boleh diatasi,” coret Bobie melalui laman Facebook TBG Super Fan.

Difahamkan sehingga kini, jersi home Perak hampir habis dijual untuk kumpulan pertama pengeluaran dan permintaan terhadap jersi tersebut semakin meningkat dari hari ke hari.

Mengenai isu cetak rompak jersi yang berleluasa di negara ini, Bobie berpendapat bahawa untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan menyertai pengeluar haram ini dengan meletakkan harga yang murah untuk jersi original.

Advertisements

“Jadi macam saya ulas, jika kita tidak boleh menentang mereka (pengeluar jersi tidak tulen), kita sertai mereka (jual harga murah).

“Semoga isu cetak rompak ni selesai tahun ini dan kita berjaya jual 100 ribu helai insyallah,” tambah beliau lagi.

Penetapan harga yang rendah untuk jersi original Perak keluaran Cheetah itu mendapat respon yang positif oleh penyokong bola sepak tanah air yang memuji inisiatif Perak untuk memahami keadaan ekonomi semasa.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram