Cerita Sebenar Perpindahan Brendan Gan Ke KL City
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Sejak beberapa hari lepas, pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Lembah Klang, KL City FC.

Ini selepas bekas kapten Selangor FC itu sebelumnya dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Pantai Timur, Sri Pahang FC.

Apabila diminta mengulas khabar angin tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard mengakui perpindahan tersebut dilihat satu impian buat pasukan itu.

Advertisements

Bagaimanapun, pada masa sama, Stanley melihat The City Boys perlu bersikap realistik dan fokus kepada menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi pasukan itu ketika ini.

“Kami ada impian tapi (itu masih) terlalu awal. Sebab kami berada di fasa di mana kami perlu realistik. Tetapi yang pentingnya ialah kita memiliki niat,” katanya kepada media selepas program Teh Hijau Kuala Lumpur Siri Ketiga yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

KL City ketika ini fokus menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi mereka bagi memenuhi syarat yang ditetapkan First Instance Body (FIB) sekiranya ingin beraksi di Liga Super musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram