Cetak Gol Penting, Prospek Warisan Malaysia Dipuji Jurulatih Di England
MakanBola
Peterborough United FC

Prospek pemain warisan Malaysia, Eddie Fox mendapat pujian jurulatih kelabnya, Peterborough United.

Ini selepas pemain tengah berusia 18 tahun itu membantu Peterborough Bawah 21 Tahun (B-21) mengikat Watford 3-3 dalam aksi Liga Pembangunan Profesional di Stadium Weston Homes.

Meskipun baru kembali pulih daripada kecederaan, itu tidak menghalang Fox menyumbat gol penyamaan pada minit akhir permainan.

Kesungguhan yang dipamerkan pemain berdarah Inggeris, Switzerland dan Malaysia itu mengagumkan jurulatih Peterborough B-21, Sam Gaughan.

“Saya fikir Eddie masuk dengan keazaman dan kemahuan. Beliau berlari di seluruh padang, beliau cuba memastikan perkara (peluang) berlaku.

“Dan beliau berkemungkinan pencetus kepada babak kedua kita yang bagus kerana beliau sentiasa berada di seluruh padang. Satu ingatan khas kepada beliau kerana beliau cedera dan terlepas beberapa perlawanan.

“Dan nampaknya beliau kembali dengan keazaman pada hari ini. Pada saya, beliau cukup mengagumkan,” tambahnya.

Fox antara prospek pemain warisan Malaysia yang muncul sekitar England. Satu lagi nama yang mencuri perhatian ialah bintang akademi West Ham United, Harry Montague.

Claim Money Packet TnG