Challenge Cup: Kuching City Kejutkan Kedah
MFL
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Keinginan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melakar kemenangan dalam aksi suku akhir pertama Challenge Cup di Stadium Negeri Kuching tidak kesampaian.

Ini selepas anak-anak buah Aidil Sharin Sahak berjaya mencipta kejutan mengalahkan skuad dari utara tanah air itu 1-0 hari ini.

Selepas mengikat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) 3-3 di Stadium Darul Aman pada akhir Ogos lalu, keputusan tersebut diharap dapat meningkatkan momentum Kedah sehingga ke akhir musim.

Advertisements

Bagaimanapun, babak pertama menyaksikan Sang Kenari bergelut mencipta peluang jaringan. Ini disebabkan disiplin pertahanan tuan rumah yang kental diketuai Mihailo Jovanovic sekaligus keputusan 0-0 sehingga rehat.

Bersambung pada separuh masa kedua, Kedah terus bergelut mencipta peluang gol. Dan pasukan pelawat bernasib baik apabila Petrus Shitembi gagal menyumbat gol pada minit ke-59 selepas berjaya mengatasi pertahanan Kedah.

Advertisements

Melihat anak-anak buahnya buntu mencipta peluang, jurulatih Sang Kenari, Nafuzi Zain memasukkan Amirbek Jurobaev dengan harapan dapat menambah kreativiti di bahagian tengah.

Bagaimanapun, apa yang direncana Nafuzi tidak berhasil. Sebaliknya, Kuching City meraih gol kemenangan pada minit ke-84 menerusi penjaring terbanyak mereka, Abu Kamara.

Advertisements

Ini kemenangan pertama diraih Il Gatto di bawah bimbingan Aidil dalam empat perlawanan. Bagaimanapun, mereka bakal berdepan tugas sukar selepas ini.

Ini kerana aksi suku akhir kedua Challenge Cup bakal diadakan di Stadium Darul Aman pada 4 Oktober ini. Dengan Kedah sebagai tuan rumah, kelebihan itu pasti mahu dimanfaatkan untuk layak ke separuh akhir kejohanan berkenaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram