PDRM berjaya menewaskan KL Rovers 2-1 dalam aksi suku akhir pertama Challenge Cup.
Penyerang utama PDRM, Bruno Suzuki membuka jaringan pertama perlawanan seawal minit ke-13 perlawanan setelah menerima lorongan Marcus Macauley.
11 minit kemudian, Nabil Ahmad Latpi berjaya menjaringkan gol kedua PDRM menerusi hantaran Fadi Awad.
Tersentak dengan jaringan PDRM, KL Rover menggandakan serangan dan berjaya meraih gol menerusi Ikmal Idris.
Bersambung babak kedua, PDRM mempunyai beberapa peluang keemasan melalui Bruno Suzuki namun tandukan tersebut tersasar.
PDRM kemudian melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan Hadi Fayyadh dan Mario Arques. Hadi Fayyadh hampir menjaringkan gol namun tandukan beliau berjaya diselamatkan penjaga gol Kl Rovers, Ameerul Eqhwan pada minit ke-84 perlawanan.
Tamat perlawanan, PDRM meraih kemenangan 2-1 ke atas KL Rovers dan akan bertemu bagi aksi suku akhir kedua Challenge Cup pada 5 Oktober kelak.