Penang menerima kunjungan kelab liga M3, Harini FT untuk saingan suku akhir pertama Challenge Cup yang menyaksikan Penang menewaskan Harini 2-1.
Penang menurunkan barisan pemain terbaik mereka seperti Rafael Victor, Al Hafiz Harun, Kogileswaran dan penyerang muda berbakat, Alif Ikmarizal untuk perlawanan ini.
Harini FC juga menampilkan barisan pemain berpengalaman tinggi seperti Hafizul Hakim, Prabakaran, K. Reuben, N. Thanabalan dan bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha.
Kedua-dua pasukan saling melakukan percubaan dan turut mempunyai beberapa peluang keemasan namun gagal diterjemahkan kepada jaringan gol. Tamat separuh masa pertama menyaksikan Penang dan Harini saling terikat 0-0.
Bersambung babak kedua, Penang dikejutkan dengan jaringan gol Harini FT menerusi Fikri Shah pada minit ke-83 permainan.
Tersentak dengan gol tersebut, Penang pantas menyamakan kedudukan dua minit kemudian hasil jaringan Hadin Azman.
Disaat perlawanan bakal ditamatkan dengan keputusan seri, Soony muncul wira Penang dengan menjaringkan gol saat akhir pada minit ke-94 permainan.
Tamat perlawanan, Penang menewaskan Harini FT 2-1 menerusi jaringan lewat permainan.