J League: Chanatip Songkrasin Bantu Kawasaki Frontale Belasah Consadole Sapporo
Dunia
Chanatip Songkrasin
Advertisements

Perlawanan ke-17 saingan J League memperlihatkan kehandalan Chanatip Songkrasin dan Kawasaki Frontale apabila membelasah Consadole Sapporo dengan keputusan 5-2.

Pasukan kendalian Toru Oniki turun dalam misi untuk memungut 3 mata penuh berdepan pasukan di tangga ke-11 liga itu.

Mereka ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila lawan tidak mampu untuk menandingi kehandalan mereka dari segenap penjuru.

Advertisements

Kapten kebangsaan Thailand itu turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengemudi jentera tengah dengan cukup baik.

Sungguhpun ketinggalan 1-0 pada minit ke-28, Kawasaki membuktikan kemampuan sebenar mereka apabila meledak gol penyamaan menerusi Akihiro Lenaga sebelum babak pertama tamat.

Bersambung babak kedua, mereka seakan kembali mendapat rentak selepas disentak menerusi gol kedua Consadole Sapporo yang dijaringkan oleh Takuma Arano.

Advertisements

Pemain berpengalaman Jepun, Yu Kobayashi kembali mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Menjelang 10 minit terakhir babak kedua, Kawasaki Frontale gah meledak 3 gol pantas untuk mencatat kemenangan bermakna untuk terus menghambat kedudukan Yokohama FM di tempat pertama.

Mereka kini berada pada kedudukan ketiga dengan 33 mata, hanya satu mata dipisahkan dengan pendahulu liga ketika ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram