J. League: Chanatip Songkrasin & Kawasaki Frontale Hilang Mata Penting Berdepan Jubilo Iwata
Dunia
Jleagueintl
Advertisements

Pasukan gergasi Liga Jepun, Kawasaki Frontale meneruskan usaha untuk menghambat pendahulu liga namun terpaksa akur apabila terikat 1-1 berdepan Jubilo Iwata.

Kapten pasukan Thailand, Chanatip Songkrasin terus menjadi watak penting ketika memainkan peranan dalam kesebelasan utama pasukan.

Beliau sekali lagi mendapat kepercayaan daripada pengendali, Toru Oniki untuk terus memberikan elemen kreativiti buat pasukan itu di atas padang.

Advertisements

Beliau jelas memberi impak yang cukup besar apabila seringkali menjadi masalah buat barisan pertahanan Jubilo Iwata.

Chanatip turut membentuk gandingan yang cukup baik bersama Yu Kobayashi dan juga Akihiro Ienaga pada barisan serangan pasukan.

Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-33 menerusi pemain pertahanan kanan, Miki Yamane.

Advertisements

Bersambung babak kedua, usaha keras para pemain Kawasaki jelas tidak mampu untuk menewaskan barisan pertahanan lawan yang lebih kemas ketika bertahan.

Sungguhpun berjaya melepaskan beberapa percubaan tepat, ia tidak mampu untuk diterjemahkan kepada gol.

Kealpaan ini dihukum oleh anak didik Akira Ito apabila pertahanan tengah pasukan, Makito Ito menjaringkan gol penyamaan.

Advertisements

Kini, mereka terlepas untuk mendekatkan kedudukan dengan pendahulu liga selepas dipisahkan dengan 3 mata.

Mereka bakal berdepan dengan Cerezo Osaka pada awal bulan Julai nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram