“Chelsea Adalah Pencabar Sebenar” – Jurgen Klopp
Dunia
Advertisements

Liverpool dan Chelsea bakal bertemu pada jam 3 pagi ini (Khamis) bagi merebut Piala Super UEFA di Istanbul dan Jurgen Klopp tidak memandang mudah pihak lawannya.

Pertemuan tahunan di antara juara Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Eropah buat pertama kalinya bakal menemukan dua kelab Inggeris.

Lampard yang sebelum ini dimalukan di Old Trafford sudah pasti ingin bangkit segera namun lawannya kali ini adalah Liverpool, pasukan paling konsisten musim lepas dan juga merupakan juara Liga Juara-Juara.

Advertisements
Frank Lampard had a nightmare start as Chelsea manager at the weekend (Picture: Getty Images)

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak memandang mudah lawannya malah beranggapan Lampard sedang membina sebuah pasukan muda yang mantap.

“Jika anda fikir Chelsea bukanlah pencabar utama, saya benar-benar tidak boleh mambantu anda.”

“Kamu hanya perlu saksikan mereka, mereka sangat kuat, dipenuhi pemain muda dan segalanya amat menerujakan kerana terdapatnya Frank Lampard”

Advertisements

“Dia (Lampard) sudah membuktikannya di Derby dan sekarang dia mambawa falsafah yang sama di Chelsea”

Sebelum ini Lampard tidak takut untuk menurunkan pemain muda berhadapan Manchester United di Old Trafford seperti Mason Mount dan Tammy Abraham dan Chelsea bermula dengan baik untuk 20 minit pertama.

“Kami melihat perlawanan Chelsea dan Manchester United dan jika anda hanya fikirkan berkenaan keputusan perlawanan fikiran anda pasti berbeza. Chelsea bermain dengan sangat baik”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram