Chelsea Alami Kerugian RM1.47 Bilion
EPL
Chelsea FC
Advertisements

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea mengalami kerugian operasi terburuk dalam sejarah kelab itu.

Akhbar Daily Mail melaporkan Chelsea mengalami kerugian £249 juta (RM1.47 bilion) untuk laporan kewangan musim 2022/23.

Kerugian ini jauh mengatasi juara EPL musim 2015/16, Leicester City yang kini beraksi di Liga Kejohanan. Kelab itu merekodkan kerugian lebih £152 juta (RM903 juta).

Advertisements

Kerugian Chelsea turut mengatasi lima lagi pasukan yang dilabel pasukan enam teratas liga iaitu Manchester United, Manchester City, Liverpool, Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Kelima-lima kelab ini masing-masing merekodkan kerugian sebanyak £31 juta (RM184 juta), £36 juta (RM214 juta), £23 juta (RM136 juta), £39 juta (RM231 juta) dan £55 juta (RM326 juta).

Disebabkan kerugian teruk yang dialami The Blues, pemilik kelab iaitu konsortium BlueCo. terpaksa menjual hotel milik pasukan itu pada harga £76.3 juta (RM453 juta).

Advertisements

Penjualan tersebut dibuat bagi memastikan Chelsea mematuhi Peraturan Keuntungan dan Kelestarian Kewangan (PSR) EPL.

Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, mereka berpotensi dikenakan potongan mata oleh liga seperti yang dialami Everton dan Nottingham Forest.

Meskipun berbelanja besar di pasaran perpindahan sebanyak £745 juta (RM4.4 bilion), The Blues hanya meraih pulangan sebanyak £203 juta (RM1.2 bilion) dari segi penjualan pemain.

Advertisements

Perbelanjaan besar ini gagal diterjemah dalam bentuk kejayaan di atas padang pada musim lepas. Musim 2022/23 menyaksikan Chelsea mengakhiri musim di tangga ke-12.

Musim tersebut menyaksikan The Blues dilatih tiga pengurus iaitu Thomas Tuchel, Graham Potter dan Frank Lampard.

Tuchel dan Potter kemudiannya dipecat susulan prestasi buruk Chelsea pada musim tersebut sebelum Lampard dilantik sebagai pengurus interim. Kini, peranan pengurus digalas oleh Mauricio Pochettino untuk musim 2024/25.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram