Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea kini berada dalam kedudukan yang bahaya selepas gagal mematuhi Financial Fair Play (FFP) dan berisiko untuk diturunkan liga.
Pakar FFP yang juga penasihat kewangan terkenal, Stefan Borson berpendapat Chelsea perlu menjual pemain yang dibangunkan di Chelsea untuk memperolehi 100 juta pound dan selamat dari disingkirkan.
“Dalam fikiran saya, pasti ada masalah di pihak pengurusan, dan mereka pasti akan gagal FFP untuk musim semasa. Melainkan menjelang 30 Jun tahun ini mereka menjual pemain dan mengajut lebih 100 juta pound.
“Jadi jika anda melihat seseorang seperti Gallagher, dia akan berada di Euro 2024 mulai 14 Jun, jadi jika mereka mahu menghantarnya sebelum 30 Jun, mereka perlu bergerak dengan pantas,” jelas Borson seperti dilaporkan di talksport.
Terdapat pihak yang mengatakan bahawa tiga pemain Chelsea mampu dijual namun Borson berpendapat bahawa tiada kelab yang mahu membeli pemain Chelsea dengan harga yang tinggi lebih-lebih lagi kedudukan Chelsea di EPL untuk musim ini tidaklah begitu baik.
“Ramai orang yang memberitahu saya, ‘Anda menjual (Conor) Gallagher dengan harga £60 juta, (Armando) Broja dengan harga £40 juta, (Reece) James untuk £30 juta, tetapi (masalahnya) tiada pembeli.
“Tiada wang dalam permainan pada masa ini, dan kelab Liga Perdana tidak bodoh, mereka tidak akan membayar harga gila ini untuk pemain yang mereka tidak memandang tinggi. Lebih-lebih lagi mereka tahu bahawa Chelsea berada di kedudukan kurang baik,” luah Borson lagi.
Chelsea kini berada di tangga ke-10 EPL dengan mengumpul 31 mata selepas 22 perlawanan. Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu berdepan dengan risiko penyingkiran jika gagal mematuhi FFP musim ini.