Advertising
Chelsea Dapat Laluan Mudah Ke Final, Liverpool ‘Pening Kepala’
MakanBola
Chelsea / Liverpool

Chelsea dijangka tidak menghadapi masalah untuk ke perlawanan akhir Piala Carabao selepas diundi berdepan Middlesbrough pada peringkat separuh akhir.

Pada sesi undian yang dijalankan pada pagi Khamis, Chelsea dijadualkan berhadapan wakil Liga Kejohanan EFL, Middlesbrough pada perlawanan separuh akhir yang akan dijalankan timbal balik.

Anak-anak buah Mauricio Pochettino yang menyingkirkan Newcastle United dalam aksi dramatik pada pagi Rabu akan berkunjung ke gelanggang Middlesbrough terlebih dahulu pada 8 Januari 2024.

Ad

Manakala aksi timbal balik akan dijalankan di gelanggang keramat Chelsea, Stamford Bridge pada 22 Januari kemudian.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Liverpool akan berdepan halangan sukar dari Fulham sebelum mengesahkan tiket di pentas akhir Piala Carabao.

Ad

Liverpool yang cemerlang membelasah West Ham United 5-1 dalam aksi suku akhir sebelum ini akan melayani kunjungan Fulham di Anfield pada 8 Januari 2024 terlebih dahulu.

Fulham yang mara setelah menewaskan Everton menerusi penentuan sepakan penalti pula akan menerima kunjungan Liverpool pada 22 Januari 2024 bertempat di Craven Cottage.