Chelsea Mahu Satukan Semula De Ligt & De Jong
Dunia
Eurosport
Advertisements

Pasukan yang berpangkalan di London, Chelsea dilaporkan berminat untuk membawa masuk dua bekas bintang muda Ajax, Matthijs De Ligt dan juga Frankie De Jong.

Khabar angin bertiup kencang mengenai usaha membawa masuk pertahanan Juventus itu selepas The Blues kehilangan dua tonggak utama iaitu Antonio Rudiger dan juga Andreas Christensen.

Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly dilaporkan mahu membawa masuk bintang Belanda itu ke Stamford Bridge dengan tawaran wang dan juga pemain kepada Juventus.

Advertisements

Beliau dilaporkan berada di Barcelona semalam untuk bertemu dengan pemilik kelab Catalan itu untuk sesi perbincangan.

Walau bagaimanapun, menurut wartawan terkenal, Gerrard Moreno, pasukan Thimas Tuchel itu mahu menyatukan semula De Ligt dan juga De Jong di Chelsea.

Sungguhpun ketika ini, Manchester United dikatakan dalam posisi terbaik untuk membawa masuk De Jong, namun Chelsea difahamkan akan melakukan apa sahaja untuk membawa masuk bintang Barcelona itu.

Advertisements

Chelsea juga dikhabarkan tidak hanya mahukan De Jong malah turut merisik pemain lain yang berpotensi untuk dibawa keluar dari kelab Catalan tersebut.

Ini termasuklah cadangan perpindahan lapten Chelsea, Cesar Azpilicueta dan juga Marcos Alonso ke sana selain Thomas Tuchel turut berminat untuk membawa masuk Sergino Dest pada jendela perpindahan kali ini.

Chelsea menjadi salah satu kelab yang masih tidak menandatangani sebarang pemain pada musim panas ini termasuklah Leicester City.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram