Chelsea Makin ‘Pening Kepala’
EPL
Chelsea FC
Advertisements

Tamparan hebat buat Chelsea menjelang pertemuan epik London Derby menentang Arsenal pada awal pagi Rabu.

Ini selepas beberapa tonggak utama pasukan The Blues dilaporkan mengalami kecederaan dan berada dalam keadaan tidak cergas untuk diturunkan oleh pengendali, Mauricio Pochettino.

Menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik oleh Chelsea FC di laman X, pemain utama seperti penjaring terbanyak pasukan, Cole Palmer, Malo Gusto dan Ben Chilwell kini dalam keadaan yang meragukan untuk turun beraksi.

Advertisements

”Cole (Palmer) tidak menghadiri sesi latihan kerana dilaporkan tidak sihat, manakala Ben Chilwell dan Malo Gusto menjalani penilaian perubatan sebelum berdepan Arsenal.,” tulis Chelsea di laman X.

Chelsea yang baru-baru disingkirkan oleh Man City dalam aksi separuh akhir Piala FA Inggeris mengalami krisis kecederaan yang berpanjangan yang melibatkan beberapa pemain sebelum ini seperti Robert Sanchez, Romeo Lavia, Christopher Nkunku dan ramai lagi.

Tugas berat bakal menanti Mauricio Pochettino dan anak-anak buahnya untuk berdepan Arsenal yang baru sahaja mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Wolves dalam aksi liga hujung minggu lalu.

Advertisements

Meskipun masih segar dengan kekalahan di tangan Bayern Munich di pentas Eropah, The Gunners dilihat berada dalam prestasi terbaik dengan semua pemain bersiap sedia untuk menggempur jiran setempat mereka itu.

Pertembungan Arsenal dan Chelsea dijadualkan berlangsung di Stadium Emirates pada awal pagi Rabu waktu tempatan dengan sepakmula akan bermula pada jam tiga pagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram