Chelsea Makin Pening, Nama Ancelotti Kembali Jadi Sebutan Ganti Lampard
EPL
Real Madrid C.F.
Advertisements

Menjelang aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Chelsea dan Real Madrid pada awal pagi Khamis ini, ia bukan sekadar pertembungan Frank Lampard dengan jurulatih lamanya, Carlo Ancelotti. Tetapi ini juga medan penentu siapa pengurus Blues seterusnya dengan nama Ancelotti pula dicanang sebagai pengganti Graham Potter.

Dengan Lampard hanya dilantik sebagai pengurus interim sehingga akhir musim, duo pengarah sukan Lawrence Stewart dan Paul Winstanley membantu pemilik kelab Todd Boehly mengenalpasti pengurus Blues yang seterusnya.

Menurut laporan akhbar AS, namanya antara beberapa nama yang dipertimbang Boehly sebagai pengurus baru kelab untuk musim hadapan. Selain Ancelotti, Jose Mourinho dan Antonio Conte turut dipertimbang untuk jawatan panas tersebut.

Advertisements

Bekas jurulatih A.C Milan itu dikatakan berdepan tekanan daripada pengurusan Los Blancos termasuk presiden Florentino Perez. Dengan La Liga semakin hampir dirangkul oleh Barcelona, maka UCL menjadi sasaran trofi berprestij yang mahu dijulang Los Blancos.

Sekiranya Ancelotti gagal melakukannya, tidak mustahil Perez akan memecatnya walaupun mempunyai baki kontrak sehingga akhir musim depan. Dan Chelsea melihat jurulatih berusia 63 tahun itu menepati model pengarah sukan-pengurus yang digunakan di kelab ketika ini.

Selain mampu bekerja mengikut model yang dinyatakan, Ancelotti juga mampu menjadi mentor kepada jurulatih-jurulatih muda. Perkara ini bukan baru kerana bekas jurulatih Everton itu pernah menjadi mentor kepada Paul Clement di Chelsea dan Zinedine Zidane (Real Madrid).

Advertisements

Di samping itu, Ancelotti juga tidak lokek memberi peluang kepada pemain-pemain muda beraksi dalam pasukan utama termasuk di Real Madrid. Dan ini bakal memberi harapan kepada pemain-pemain akademi Blues yang merasakan diri mereka diketepikan susulan perbelanjaan besar Chelsea dalam dua tetingkap perpindahan lepas.

Ancelotti bukan nama asing dalam kalangan penyokong Blues kerana pernah menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA bersama mereka pada 2009-2010. Dan kehadiran jurulatih berkelas dunia itu mampu mengembalikan keceriaan penyokong di Stamford Bridge.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram