Chelsea & Man City Berpotensi Dihumban Keluar Dari EPL
Eropah
MakanBola
Chelsea
Advertisements

Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea dan Manchester City kini berada dalam bahaya dan berpotensi untuk dihumban keluar dari EPL gara-gara melanggar Financial Fair Play (FFP).

Everton merupakan pasukan pertama EPL yang didenda penolakan 10 mata musim ini selepas didapati bersalah melanggar FFP sebanyak satu kali.

Advertisements

FFP telah diluluskan oleh UEFA sejak 2010. Ianya bertujuan untuk mengawal setiap pasukan bola sepak daripada perbelanjaan yang melampau sehingga boleh mengancam kedudukan kewangan pasukan.

Kini Chelsea dan Manchester City turut berpotensi untuk dikenakan denda yang sama seperti Everton. Untuk rekod, Man City telah melanggar FFP sebanyak 115 kali namun mereka mempunyai sebab yang kukuh. Manakala bagi Chelsea, mereka mengakui telah melanggar FFP.

Advertisements

Dalam satu ciapan dari Skysport di laman X, kedua-dua kelab EPL itu dalam ancaman untuk dipotong sekurang-kurangnya 30 mata atau penyingkiran jika didapati bersalah.

“Menurut The Times, ancaman pemotongan 30 mata atau penyingkiran automatik dari Liga Perdana akan kelihatan sangat nyata untuk kedua-dua Manchester City dan Chelsea sekiranya pertuduhan dibuktikan dalam suruhanjaya kawal selia bebas,” coret Skysport di laman X.

Advertisements

Man City kini berada di kedudukan teratas EPL dengan mengumpul 28 mata selepas 12 perlawanan. Dibezakan dua mata dengan Arsenal dan Liverpool yang berada di tangga kedua dan ketiga liga.

Advertisements

Berbeza dengan Chelsea yang masih mencari rentak mereka musim ini. Mereka kini berada di kedudukan ke-10 EPL dengan mengumpul 16 mata selepas 12 perlawanan.

News Comments Account