Chelsea Sah Tandatangani Kalidou Koulibaly
Dunia
Napoli SC
Advertisements

Pasukan gergasi Eropah, Chelsea secara rasminya membawa masuk Kalidou Koulibaly dan dikhabarkan bakal menyertai pasukan menerusi satu perpindahan daripada pasukan Liga Itali, Napoli.

Pemain berusia 31 tahun ini telah pun dikaitkan untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun 2019 untuk menyertai Manchester United.

Walau bagaimanapun, The Red Devils memilih untuk membawa masuk pertahanan kebangsaan England, Harry Maguire untuk memantapkan jentera pertahanan pasukan.

Advertisements

Pertahanan kebangsaan Senegal ini merupakan pemain yang sangat berpengalaman dan kematangan beliau sudah pasti ditagih oleh The Blues bagi memantapkan lagi pertahanan pasukan.

Menerusi satu kenyataan oleh Fabrizio Romano, Koulibaly telah bersetuju untuk ke Chelsea apabila Napoli menerima bidaan sebanyak 40 Juta Euro yang ditawarkan kepada mereka.

Malah, beliau juga difahamkan bakal menerima kontrak lumayan dengan tawaran gaji sebanyak 10 Juta Euro setahun sekaligus menjadi salah seorang pemain yang menerima gaji tertinggi di Chelsea.

Advertisements

Jurulatih pasukan Chelsea, Thomas Tuchel juga difahamkan mahu mendatangkan dua pemain pertahanan selepas kehilangan khidmat Antonio Rudiger dan juga Andreas Christensen yang berhijrah ke Sepanyol.

Ini juga bakal mengukuhkan lagi benteng pasukan dalam usaha untuk mencabar kejuaraan daripada Manchester City dan juga Liverpool.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram