Advertising
Chelsea Sedia Selamatkan Harry Kane
Eropah
MakanBola
Bundesliga

Kelab England, Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang antarabangsa England, Harry Kane.

Satu ciapan yang dimuatnaik oleh Transfer News Live, mengatakan bahawa The Blues sedang merangka satu pelan bagi membawa Harry Kane kembali ke Liga Perdana Inggeris.

“Chelsea sedang merancang perpindahan mengejutkan untuk bintang Bayern Munich Harry Kane pada musim panas,” tulis Transfer News Live di laman X.

Ad

Kane yang kini bersama Bayern Munich sejak musim panas lalu sudah mencatatkan 25 jaringan namun kini dibelenggu masalah prestasi pasukan yang tidak konsisten dengan mencatatkan tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Persembahan buruk ini menyaksikan anak-anak buah Thomas Tuchel kini berada di tempat kedua, ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Bundesliga, Bayern Leverkusen.

Ad
Ad

Chelsea pula menilai Kane sebagai solusi bagi menyelesaikan isu ketumpulan jentera serangan yang dihadapi mereka musim ini.

Ad

Ditambah pula pemergian Armando Broja ke Fulham sekaligus meninggalkan Nikolas Jackson dan pemain muda, Deivid Washington sebagai penyerang tunggal pasukan.

Masalah ini menyebabkan skuad bimbingan Mauricio Pochettino kini menghuni tangga kesepuluh liga sekadar mengutip 35 daripada 25 perlawanan.