Cheng Hoe Dedah Hala Tuju Selepas Tinggalkan Harimau Malaya
Dunia
Advertisements

Menurut temubual daripada Astro Arena, bekas jurulatih negara Tan Cheng Hoe tampil memberi penjelasan berkenaan perancangan beliau selepas perletakan jawatan sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya semalam.

Jurulatih yang berusia 53 tahun itu menjelaskan bahawa selepas meletak jawatan beliau masih tiada perancangan untuk masa depan. Dalam hal ini, beliau juga harus bersemuka dengan keluarga untuk saling bertukar pendapat antara satu sama lain.

Sementara itu, Tan Cheng Hoe turut menyuarakan rasa rindu pada keluarga setelah sekian lama tidak berjumpa dengan ahli keluarganya kerana sibuk dengan misi dan tugasan bersama Harimau Malaya.

Advertisements

“Saya belum fikir apa-apa perancangan lagi untuk masa depan, sudah tentu saya akan berbincang dengan keluarga dahulu kerana agak lama saya tinggalkan keluarga demi bola sepak.”

Tambahnya lagi, dalam apa jua rintangan yang mendatang beliau tetap akan berbakti kepada bola sepak di Malaysia dan akan teruskan kerjaya beliau sebagai jurulatih.

“Dunia bola sepak saya masih ambil berat tentangnya dan saya perlu teruskan kerjaya saya sebagai jurulatih pada masa yang akan datang, saya tidak tahu bila ia akan berakhir,” ulas Cheng Hoe.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram