Cheng Hoe Elak Beri Tekanan Kepada Pemain Hadapi JDT
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia yang menemukan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu ini, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe mengakui bahawa tidak mahu terlalu memberikan tekanan kepada para pemainnya.

Ini kerana, beliau sedar pasukan Selangor kendaliannya dibarisi dengan ramai pemain muda. Namun begitu Cheng Hoe mengharapkan pemain-pemain yang diturunkan nanti dapat memperagakan aksi terbaik mereka supaya berjaya mendapatkan keputusan yang positif.

“Sebagai jurulatih, sudah tentu sasaran saya adalah untuk layak ke peringkat akhir. Di pentas final, kami ingin mencapai kejuaraan untuk mencapai misi tersebut tetapi saya tidak boleh memberi tekanan yang terlalu tinggi kepada pemain kerana rata – rata pemain adalah pemain muda.

Advertisements

“Kita mahu mereka memberi persembahan yang terbaik. Sudah tentu untuk mendapat keputusan yang positif,” katanya.

Cheng Hoe turut berkongsi keterujaan beliau selepas melihat pasukan yang baru dibimbingnya itu berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan merakamkan penghargaan kepada semua pemain, staf dan pengurusan di atas kejayaan ini.

Advertisements

“Saya begitu teruja pemain bermain di peringkat akhir Piala Malaysia kerana pemain telah bekerja keras dari awal musim. Kejayaan bukan datang melalui saya sahaja.

”Ia adalah kejayaan kolektif bersama pengurusan, staf kejurulatihan kerana mereka telah mengorbankan banyak masa dan itulah hasil kerja keras sepanjang tahun pasukan,” jelasnya kepada Flash Sukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram