Cheng Hoe: Saya Tak Rasa Saya Dikambing Hitamkan
Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

Bekas jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe tampil menafikan dakwaan sesetengah netizen yang mana melabelkan beliau sebagai ‘kambing hitam’ dalam isu perletakkan jawatan beliau. Perkara ini telah dikongsi Cheng Hoe dalam satu rancangan khas di Astro Arena.

Jurulatih yang berusia 53 tahun itu bersikap positif dan menyatakan bahawa beliau tidak dikambing hitamkan malah dalam hal ini beliau anggap perkara yang dihebahkan ini sebagai satu cabaran buat dirinya.

Adalah lumrah sebagai seseorang jurulatih untuk sekurang-kurangnya mencapai satu pencapaian untuk kekal lama dalam sesebuah pasukan. Akan tetapi, Cheng Hoe membuat keputusan untuk meletakkan jawatan setelah beliau gagal dalam mengendalikan skuad kebangsaan di Piala AFF.

Advertisements

“Saya tidak rasa saya dikambing hitamkan, saya ambil itu sebagai satu cabaran untuk saya sebagai jurulatih sudah tentu sasaran yang diletakkan untuk sesorang jurulatih kita perlu ada target sesuatu, sebab itu kalau saya gagal saya letak jawatan,” jelasnya.

Sementara itu, Cheng Hoe turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang 4 tahun beliau mengendalikan skuad negara. Beliau sangat menghargai setiap individu yang banyak beri motivasi dan semangat kepada beliau terutamanya Tunku Ismail Idris, TMJ.

Tambahnya lagi, beliau tetap akan kekalkan kerjaya sebagai jurulatih. Cheng Hoe juga akan perbaiki di mana kelemahan yang ada supaya ia akan lebih baik pada masa akan datang.

Advertisements

“Sepanjang 4 tahun saya bersama skuad kebangsaan saya perlu berterima kasih kepada semua yang terlibat kerana memberi sokongan yang terbaik untuk saya dan tidak lupa juga kepada satu-satunya individu yang sentiasa memberi motivasi dan sokongan iaitu Duli Yang Mulia Tengku Makhota Johor TMJ, menjunjung kasih Tengku.”

“Saya sebagai jurulatih saya akan teruskan kerjaya saya dan dalam masa yang akan datang saya berharap akan buat lebih baik daripada apa yang saya ada sekarang,” ujarnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram