Cheng Hoe Tak Salahkan Luqman, Mahu Luqman Kerja Keras
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan prestasi yang ditampilkan oleh penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim pada perlawanan menentang pasukan Vietnam tempoh hari bukan antara faktor utama skuad kebanggsaan gagal menjaringkan sebarang gol.

Hal ini kerana luqman memiliki satu peluang terhidang untuk menjaringkan gol penyamaan dimana rembatan kaki kirinya pada minit ke-33 permainan melencong ke arah lain. Namun, Tan Cheng Hoe menyatakan bahawa beliau tidak menyalahkan Luqman ekoran kegagalan tersebut.

Mengulas lanjut, pengendali berusia 53 tahun itu turut menyatakan bahawa kejohanan Piala AFF ini merupakan kejohanan pertama Luqman beraksi di peringkat tertinggi. Beliau menegaskan bahawa Luqman memiliki bakat yang luar biasa untuk Luqman terus menyinar di masa hadapan.

Advertisements

“Ini kali pertama Luqman Hakim Shamsudin beraksi dalam perlawanan peringkat tinggi. Dia mempunyai bakat dan masa depan yang baik, jadi saya tidak menyalahkannya kerana terlepas peluang,”

Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Kedah ini turut menasihatkan kepada Luqman untuk terus lebih bekerja keras sehingga mencapai tahap yang terbaik buat dirinya.

Walaubagaimanapun, Tan Cheng Hoe menyatakan yang Luqman umurnya masih muda, beliau perlu mengekalkan kosentrasinya dalam atau luar padang untuk menjadi penyerang yang luar biasa.

Advertisements

“Dia hanya perlu bekerja lebih keras untuk mencapai tahap yang dia mahukan. Dia perlu mengekalkan motivasinya dan dengan sokongan pasukan, dia akan menjadi penyerang yang lebih baik,” kata Cheng Hoe kepada Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram