Cheng Hoe Ubah Selangor Menjadi Kereta Kebal Bersenjata Ampuh
Dunia
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Selangor FC kini beraksi dengan lebih baik di bawah kendalian jurulatih baharu, Tan Cheng Hoe. Umum mengetahui pelbagai isu telah timbul membabitkan pasukan Selangor sejak dari awal musim lagi.

Kehadiran Cheng Hoe jelas sekali berjaya mengubah corak permainan yang ditampilkan Selangor. Cheng Hoe sehingga kini sudah mengendalikan tiga perlawanan buat Selangor dengan mencatatkan rekod bersih tiga kemenangan.

Advertisements

Bukan saja mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut, Selangor turut berjaya meledak tujuh gol dan mengekalkan rekod tanpa bolos di bawah kendalian Cheng Hoe. Ini bermakna, prestasi benteng pertahanan Selangor semakin memulih.

Sebelum ini, Selangor kerap kali dibolosi dalam hampir kesemua perlawanan Liga Super yang dimainkan sehinggakan para penyokong mereka menetapkan satu sasaran dari segi kiraan jaringan dan jumlah bolos Selangor dalam saingan Liga Super.

Advertisements

Kini penyokong Selangor mampu menghela nafas lega selepas kehadiran Tan Cheng Hoe. Bekas jurulatih Harimau Malaya itu ternyata mempunyai falsafah permainan yang tersendiri. Selangor berjaya mendaki kedudukan Liga Super daripada kedudukan ke-8 sehingga ke kedudukan ke-5.

Advertisements

Mereka bakal bertandang ke Stadium Bandaraya pada 15 Oktober ini bagi aksi terakhir Liga Super menentang Penang FC. Namun kedudukan ke-5 liga merupakan kedudukan terbaik yang mampu dicapai Selangor musim ini. Ini kerana mereka dibezakan 12 mata dengan pasukan di tangga ke-4, Kuala Lumpur City FC (KL City).

News Comments Account