“China Tak Jangka Pemain Utama Kita, Moral Mereka Berubah” – Rexy Mainaky
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky mempertahankan keputusannya untuk merombak barisan pemain ketika final Badminton Asia Team Championship (BATC) yang lalu.

Beliau yang ditemui selepas perlawanan berkata, persiapan China seakan sedikit terkejut selepas melihat barisan pemain negara tanpa Lee Zii Jia yang terpaksa berehat akibat masalah pernafasan.

“China mungkin tak menjangkakan barisan pemain yang kita turunkan seperti ini, kerana mereka sudah mempersiapkan mental pemain perseorangan pertama mereka untuk melawan Lee Zii Jia,” katanya kepada Astro Arena.

Advertisements

Akibat daripada itu beliau melihat moral pasukan China sedikit berubah selepas senarai barisan pemain dikeluarkan.

“Sewaktu mereka melihat barisan pemain kita ini, kita nampak moral China sudah berubah terutamanya pemain beregu mereka,” tambah beliau lagi.

Jurulatih kelahiran Indonesia itu juga membayangkan sekiranya perlawanan pertama, Leong Jun Hao berjaya mengheret permainan sehingga set ketiga, pastinya moral pasukan China menjadi lebih rendah.

Advertisements

“Sebenarnya, jika kita lihat di perlawanan pertama, jika (Leong) Jun Hao berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan, mungkin situasi akan berbeza.”

“Tetapi (Weng Hong Yang) menang straight set, jadi ia memberikan satu semangat baharu buat kem China,” ujar beliau lagi.

Di aksi final pada Ahad menyaksikan skuad badminton lelaki negara yang dibelenggu masalah kecederaan melibatkan dua tonggak utama, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa akur tunduk kepada China dengan keputusan 0-3.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram