Choi Moon-sik Direhatkan, Rezal Zambery Ganti Peranan Kemudi Kelantan
Liga Super
Kelantan FC
Advertisements

Berita mengejutkan mengenai kem di Kelantan apabila ketua jurulatih, Choi Moon-sik direhatkan daripada tugasan berkuat kuasa serta-merta.

Berita mengenai perkara ini dikongsikan oleh kelab sendiri apabila pihak pengurusan difahamkan telah pun merehatkan pengendali kelahiran Korea Selatan itu.

Perkara ini susulan prestasi hambar The Red Warriors pada permulaan musim ini apabila mencatatkan hanya satu kemenangan daripada 6 aksi.

Advertisements

Ia turut diburukkan lagi apabila Kelantan dibelasah oleh Negeri Sembilan dengan keputusan 4-2.

Pembantu jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery difahamkan akan mengambil alih peranan selaku jurulatih sementara dan bertanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan Kelantan.

Advertisements

Pada malam ini, Kelantan akan turun di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi menghadapi Terengganu bagi aksi Liga Super ke-7.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram