Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Perlawanan kedua Liga Super Kelantan semalam menyaksikan The Red Warriors tewas 4-1 kepada Sri Pahang. Walaupun tewas, jurulatih Kelantan, Choi Moon-sik berpuas hati dengan anak-anak buahnya kerana cuba menyerang tuan rumah.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat dibolosi empat kali menerusi Kpah Sherman (minit ke-12), Kevin Ingreso (minit ke-38), Sergio Aguero (minit ke-43) dan Stefano Brundo (minit ke-46).

Hanya selepas Sri Pahang lebih santai pada babak kedua, barulah Kelantan berupaya menjaringkan gol saguhati menerusi Miguel Angel Garrido Cifuentes pada minit ke-95. Tetapi bagi Moon-sik, yang penting Kelantan cuba bermain positif daripada memilih untuk bertahan.

Advertisements

“Untuk separuh masa pertama, kami bertahan dengan baik tetapi ia tidak cukup bagus. Separuh masa kedua, kami lebih banyak menyerang dan membuat pertukaran pemain tetapi yang paling penting ialah kami menyerang,” katanya bila ditemubual Astro Arena selepas tamat perlawanan.

Yang pasti, Kelantan perlu bangkit lebih-lebih lagi mereka ketika ini menghuni tangga tercorot Liga Super. Selepas ini, The Red Warriors perlu berdepan Penang di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada Ahad ini.

Advertisements
Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram