Choi Moon-sik Sahkan Carli De Murga Tak Dapat Beraksi Berdepan JDT
Liga Super
Kelantan FC
Advertisements

Ketua jurulatih Kelantan FC, Choi Moon-sik mengesahkan bahawa pertahanan kental pasukan, Carli De Murga tidak dapat diturunkan berdepan JDT.

Pemain berusia 34 tahun itu merupakan antara aset penting buat pasukan pada musim ini apabila memainkan peranan yang cukup penting ketika membantu The Red Warriors mencatat kemenangan ke atas Penang FC.

Beliau menggunakan pengalaman yang dimilikinya dalam saingan Liga Malaysia dengan baik apabila membentuk gandingan yang cukup mantap bersama rakan sepasukan.

Advertisements

Menerusi penjelasan jurulatih kelahiran Korea Selatan itu, De Murga difahamkan telah mengalami kecederaan sekaligus menyaksikan khidmat pemain tersebut tidak dapat digunakan.

“Carli De Murga mengalami kecederaan tetapi kita mempunyai pemain-pemain lain sebagai pengganti.”

Advertisements

Ia sudah tentu memberi kesan kepada percaturan pasukan namun Kelantan masih memiliki dua orang lagi pemain pertahanan import Korea Selatan bagi mengisi slot tersebut.

JDT kini dalam momentum terbaik selepas membelasah Negeri Sembilan 7-0 sementara Kelantan turut hadir dengan semangat juang yang sangat tinggi.

Advertisements

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada jam 5:15 petang dalam misi kedua-dua memperoleh tiga mata penting.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram