Community Shield: Penalti Dramatik Pastikan Arsenal Muncul Juara Tewaskan Man City
Eropah
FA Cup
Advertisements

Pertembungan Arsenal dan Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti (Community Shield) menyaksikan perlawanan berlangsung sengit.

Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik tatkala Mikel Arteta menurunkan tiga pemain baharunya iaitu Kai Havertz, Declan Rice dan Justin Timber.

The Citizens mengekalkan barisan pemain terbaiknya sambil kemasukan Mateo Kovacic ditagih mengemudi jentera tengah pasukan.

Advertisements

Perlawanan berlangsung baik pada babak pertama dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.

The Gunners memiliki peluang terbaik untuk mendahului apabila Havertz dihidangkan dengan peluang di hadapan gawang namun disia-siakan.

Man City juga berkesempatan untuk menjaringkan gol menerusi rembatan Rodri namun sedikit terbias.

Advertisements

Babak pertama tamat 0-0.

Bersambung babak kedua, anak didik Pep Guardiola melancarkan serangan awal dengan tandukan John Stones namun mudah dibaca oleh penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale.

Arsenal cuba mencuri peluang namun rembatan Bukayo Saka gagal merobek gawang City.

Advertisements

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pemain muda City, Cole Palmer meledak pada minit ke-77.

Arsenal melakukan kejutan apabila menjaringkan gol dramatik setelah rembatan Trossard terbias kepada pemain Man City, Manuel Akanji.

Sepakan penalti menjadi penentu yang menyaksikan Arsenal menang dengan keputusan 4-1.

Advertisements

Keputusan ini kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Man City menebus duka tahun lalu apabila ditewaskan Liverpool.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram