Copa America: Brazil Nyaris Dimalukan Pasukan Ke-52 Dunia
MakanBola
Copa America

Hasrat Brazil membuka kempen Kumpulan D Copa America dengan kemenangan tidak kesampaian apabila sekadar seri dengan pasukan ke-52 dunia, Costa Rica.

Selepas Colombia berjaya menewaskan Paraguay, Brazil tahu mereka perlu menang untuk mengejar pesaing serantau itu.

Ad
Advertisement

Atas sebab itu, Brazil menurunkan barisan terkuat dengan Vinicius Jr. mengetuai bahagian serangan. Sementara Costa Rica pula menggunakan formasi 5-4-1 untuk mengekang ancaman anak buah Dorival Jr. itu.

Advertisement

Separuh masa pertama menyaksikan percaturan yang dibuat Gustavo Alfaro berjaya mengecewakan barisan serangan Selecao.

Jentera serangan Brazil terdiri daripada Vinicius Jr, Rodrygo, Lucas Paqueta dan Raphinha buntu menembusi gawang Los Ticos yang dikawal penjaga gol UD Ibiza, Patrick Sequiera.

Ad
Advertisement

Brazil menyangka telah mendahului pada minit ke-30 menerusi tolakan mudah Marquinhos. Malangnya, gol tersebut dibatalkan selepas bek tengah PSG itu dikesan berada pada kedudukan ofsaid.

Ad

Selecao terus memberi tekanan untuk mendapatkan kelebihan gol tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Advertisement

Bersambung pada babak kedua, anak buah Dorival Jr. terus memberi tekanan kepada barisan pertahanan Costa Rica untuk memecah kebuntuan.

Advertisement

Brazil terus bernasib malang apabila rembatan deras jarak jauh Paqueta terkena palang pada minit ke-63. Beberapa minit selepas itu, Guilherme Arana pula kecewa apabila rembatannya berjaya dinafikan Sequiera.

Dorival kemudiannya memasukkan dua bintang muda iaitu Endrick dan Savio pada minit ke-70 untuk mengubah momentum perlawanan.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Sequiera memastikan Costa Rica dan Brazil menamatkan perlawanan dengan hasil mata menerusi keputusan seri tanpa jaringan di Stadium SoFi.

Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan di belakang Colombia dengan satu mata selepas satu perlawanan. Meskipun seri, Sofascore memilih Paqueta sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.4.

Advertisement

Selepas ini, Brazil akan menentang Paraguay pada 29 Jun. Sementara Costa Rica pula menentang Colombia pada hari sama.