Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak akan memastikan pasukannya tidak bermain secara terbuka (open play) ketika bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).
The City Boys melangkah ke pentas akhir Piala FA selepas menewaskan Terengganu FC menerusi sepakan penalti.
Ini juga menyaksikan pasukannya akan bertemu dengan skuad Harimau Selatan yang menumbangkan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim dengan keputusan 4-0.
Dalam satu temubual bersama Astro Arena, pengendali kelahiran Croatia ini memberitahu bahawa beliau banyak belajar daripada perlawanan JDT dan Selangor untuk memastikan pasukannya bersedia sebaik mungkin.
Bojan mahu memastikan perancangan rapi dibuat tatkala mereka akan bertemu sesa sendiri dalam aksi Liga Super terlebih dahulu.
Pengendali berusia 53 tahun ini bagaimanapun menganggap corak permainan terbuka tidak sesuai berdepan dengan kelab hebat seperti JDT.
“Apabila kamu berdepan dengan pasukan seperti JDT, mungkin ia bukan satu idea yang baik kerana kamu (Selangor) bolos 4.”
“Saya rasa Selangor beruntung hanya bolos 4 gol kerana mengikut peluang JDT boleh menjaringkan 7-8 gol,” jelasnya kepada Astro Arena.
Beliau bersedia untuk mengorak percaturan untuk mencari titik kelemahan JDT selain corak serangan balas pantas mungkin dipertimbangkan berdepan juara bertahan Piala FA itu.