Corak Serangan Vietnam Amaran Awal Buat Malaysia
MakanBola
Malaysia NT

Vietnam dijangka tampil dengan corak serangan berbeza bertemu Malaysia.

Skuad kendalian Kim Sang-sik kini sudah pun layak ke pentas Piala Asia 2027 Arab Saudi dengan 15 mata hasil lima kemenangan peringkat kumpulan.

Malaysia turun dengan misi penting untuk melakar kemenangan di gelanggang lawan sekali gus menamatkan penantian 14 tahun tanpa kemenangan di gelanggang Vietnam.

Pasukan tangga ke-103 dunia itu bagaimanapun melakukan beberapa pertukaran pemain berbanding skuad terdahulu, termasuklah membawa dua pemain naturalisasi iaitu Nguyen Xuan Son dan perancang tengah, Do Hoang Hen.

Sebelum ini, Xuan Son tidak berada dalam skuad Vietnam bertemu Malaysia di Bukit Jalil susulan kecederaan jangka panjang.

Prestasi semasa tonggak berusia 29 tahun ini cukup memberangsangkan selepas merekodkan 9 jaringan dalam semua kejohanan musim ini.

Vietnam masih segar dengan kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh bagi aksi persahabatan Tier 1 pada 26 Mac, sekali gus menjadi amaran awal buat Harimau Malaya.

Sementara itu, Malaysia juga bakal turun tanpa beberapa pemain utama seperti Arif Aiman Hanapi dan Romel Morales yang tersisih ekoran kecederaan.

Aksi antara Vietnam bertemu Malaysia dijadual berlangsung pada 31 Mac 2026 jam 8.00 malam waktu Malaysia di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.