Harimau Malaya Tidak Gentar Hadapi 3 Pemain Baharu Vietnam
MakanBola
VFF

Harimau Malaya tidak goyah apabila berdepan dengan Vietnam meskipun kehadiran tiga pemain baharu dalam pasukan negara tersebut.

Perkara itu dinyatakan oleh ketua jurulatih kebangsaan, Malaysia dan pertahanan kental, Dion Cools dalam sidang media praperlawanan yang diadakan di Nam Dinh, Vietnam pada Isnin.

Menurut Peter Cklamovski, Vietnam merupakan sebuah pasukan yang sangat kuat dengan kehadiran semula barisan pemain berkualiti, justeru beliau menegaskan bahawa pasukan perlu memberi fokus kepada perkara yang berada dalam kawalan serta melaksanakan perancangan dengan sebaiknya bagi meraih keputusan positif dalam perlawanan tersebut.

“Mereka (Xuan Son, Do Hoang Hen & Van Hau) adalah pemain yang sangat bagus dan Vietnam merupakan pasukan yang sangat kuat.”

“Kami memberi fokus kepada apa yang kami boleh kawal serta aspek yang perlu kami laksanakan untuk mendapatkan keputusan yang baik. Kami menghormati semua lawan dan akan terus berbuat demikian pada perlawanan esok malam, bekerja keras untuk meraih kemenangan.”

Tambahan Dion Cools, seperti dalam setiap perlawanan lain, pasukan sentiasa menghormati pihak lawan dan telah melakukan analisis terperinci bagi memahami apa yang bakal dihadapi.

“Seperti setiap perlawanan lain, kami menghormati pihak lawan dan telah menganalisis mereka dengan teliti, jadi kami tahu apa yang perlu dijangkakan.”

“Kami juga tahu kami mempunyai pemain yang berkualiti, jadi kami perlu berada pada tahap terbaik untuk menyukarkan mereka dan menghasilkan perlawanan yang baik. Kami tahu apa yang perlu dilakukan,” kata ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski dan pertahanan kental, Dion Cools ketika sesi sidang media sebelum perlawanan bertemu Vietnam di Nam Dinh pada Isnin.

Harimau Malaya bakal turun menentang Vietnam pada 31 Mac ini. Sekiranya skuad negara meraih kemenangan, ini akan membantu pasukan itu memperbaiki kedudukan ranking FIFA.