Corbin Ong: Kita Akan Bawa Tiga Mata Pulang Ke Malaysia
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Bek kiri Malaysia, La’Vere Corbin Ong melihat misi meraih kemenangan ke atas Taiwan dalam aksi kedua Kumpulan D sebagai sesuatu yang boleh dicapai.

Ini kerana dengan kualiti yang dimiliki Harimau Malaya, usaha mendapatkan tiga mata penuh tidak mustahil boleh dicapai.

Biarpun mengakui The Blue Wings merupakan satu pasukan yang kuat, kemenangan yang diraih Kyrgyzstan pada Khamis lepas mampu dorong skuad negara raih satu lagi kemenangan.

Advertisements

“Saya fikir pasukan ini tahu kualiti (yang dimiliki) mereka. Apa saja keputusan selain tiga mata dianggap satu kegagalan terutama bila mengetahui kualiti pasukan kita.

“Kita percaya tiga mata merupakan sesuatu yang boleh dicapai. Kita akui Taiwan satu pasukan yang kuat tapi kita akan pergi dengan sikap kita akan bawa tiga mata pulang ke Malaysia,” katanya seperti dilaporkan oleh Nadi Arena.

Advertisements

Skuad negara ketika ini menduduki tempat kedua di belakang pendahulu kumpulan, Oman. Sementara Taiwan pula menduduki tempat ketiga kerana memiliki perbezaan jaringan yang lebih baik daripada Kyrgyzstan.

Begitupun rekod pertemuan lebih memihak The Blue Wings dengan dua kemenangan daripada tiga pertemuan akhir.

Advertisements

Ini sesuatu yang mahu ditamatkan Corbin dan barisan pemain Harimau Malaya apabila kedua-dua pasukan bakal bertemu pada Selasa ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram