Cristiano Ronaldo: Anda Inspirasi Saya
MakanBola
FWC/SA

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menyifatkan legenda Argentina, Lionel Messi sebagai inspirasi buat dirinya.

Hal ini dinyatakan Ronaldo selepas penyerang Inter Miami itu mengumumkan persaraan dari arena bola sepak antarabangsa baru-baru ini.

Ronaldo menyifatkan meskipun dirinya dan Messi kerap bersaing di atas padang, rasa hormat wujud antara mereka. Selain itu, beliau turut mengiktiraf jasa legenda Barcelona itu dalam arena bola sepak terutama kepada Argentina.

“Kita berbalah. Kita bersaing. Kita saling menolak antara satu sama lain ke tempat yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Persaingan itu nyata tetapi begitu juga dengan rasa hormat.

“Apa yang anda lakukan untuk bola sepak, untuk Argentina, dan untuk setiap kanak-kanak yang pernah bermimpi untuk memakai baju itu. Saya akan sentiasa mengaguminya. Anda telah memberi inspirasi kepada jutaan orang. Anda juga memberi inspirasi kepada saya.

“Bab ini menyakitkan, saya tahu. Tetapi anda pergi dengan segala-galanya (pencapaian bersama Argentina di peringkat antarabangsa). Anda berikan segalanya. Berehatlah, saudara. Anda berhak mendapatnya,” katanya di ruang komen Instagram.

Komen Instagram Ronaldo Messi Cristiano Ronaldo: Anda Inspirasi Saya

Ronaldo juga berpotensi mengikut jejak Messi. Sebelum ini, legenda Portugal itu memberi bayangan bahawa musim 2026/27 merupakan musim terakhirnya sebagai pemain bola sepak.

Ronaldo kini memburu pencapaian 1,000 gol dan beliau kini hanya memerlukan 22 gol untuk mencapai sasaran tersebut.