Cristiano Ronaldo Beraksi Buat Real Madrid & Al-Nassr Dalam Satu Masa?
Eropah
Al-Nassr, ESPN
Advertisements

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dikhabarkan akan pulang ke bumi Sepanyol dan berpeluang untuk beraksi bersama kelab lamanya, Real Madrid.

Ini kerana pasukan daripada Liga Saudi iaitu Al Nassr telah dijemput oleh Real Madrid untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan bagi meraikan majlis pembukaan stadium baharu Santiago Bernabeu.

Sebelum ini presiden kelab Real Madrid, Florentino Perez menyatakan hasrat untuk membawa pulang dua bekas bintang kelab itu iaitu Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema ke Real Madrid.

Advertisements

Dalam satu ciapan di laman X, Real Madrid dikatakan sudahpun menghantar surat jemputan kepada pasukan Al-Nassr. Yang lebih menariknya, Ronaldo berpeluang untuk menyarung dua jersi dalam satu masa dimana pemain berusia 39 tahun itu akan beraksi bersama Real Madrid dan juga Al-Nassr.

Jika benar terjadi, Ronaldo akan bermain separuh masa dengan menyarung jersi Al-Nassr dan separuh masa lagi dengan jersi Real Madrid.

Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada acara perasmian stadium baharu itu. Difahamkan aksi persahabatan ini berkemungkinan diadakan secara tiga penjuru yang mana melibatkan pasukan Real Madrid, Al Nassr dan juga Al-Ittihad.

Advertisements

Namun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pasukan berkenaan aksi persahabatan ini. Stadium Santiago Bernabeu mula diubah suai pada tahun 2019 dan dijangka siap dinaiktaraf pada tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram