Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes kembali ke pangkuan kelab masing-masing selepas Portugal berjaya menewaskan Poland 5-1 di Porto, Portugal.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh wartawan antarabangsa, Fabrizio Romano, 4 bintang Portugal berkenaan dibenarkan pulang ke kelab masing-masing selepas Portugal berjaya mara ke suku akhir Liga Negara-negara UEFA.
“Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes, Pedro Neto dan Bernardo Silva akan kembali ke kelab masing-masing selepas perlawanan malam ini. Portugal mara ke suku akhir Liga Negara-negara UEFA dan Roberto Martinez akan memanggil Fabio Silva dan Geovany Quenda.” Jelas Fabrizio.
Dalam aksi menentang Poland, Ronaldo dan Bruno Fernandes beraksi penuh 90 minit dan turut berjaya menjaringkan gol untuk bekas juara Euro 2016 tersebut.
Portugal akan menentang Croatia di Split pada 19 November ini tanpa kelibat 4 bintang utama berkenaan selepas Portugal FA bersetuju untuk melepaskan Ronaldo, Bruno Fernandes, Bernardo Silva dan Pedro Neto.