Cristiano Ronaldo Mahu Saman Juventus
Eropah
Al-Nassr FC
Advertisements

Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dikhabarkan bakal menyaman bekas kelabnya Juventus ekoran isu gaji tidak dibayar sewaktu era Covid yang lalu.

Ronaldo bermain untuk Juventus selama 3 tahun dan berjaya menjaringkan 101 gol dalam 134 penampilan bersama Juventus.

Menurut laporan Sport Bible, Juventus meminta untuk menangguhkan bayaran gaji sebanyak €19.9 juta bersamaan dengan RM 99.5 juta sewaktu awal tempoh pandemik Covid-19 namun sehinga kini Ronaldo belum menerima sebarang bayaran.

Advertisements

Juventus berjanji kepada Ronaldo untuk membayar balik wang tersebut setelah kelab mampu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh mereka.

Ronaldo bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Juventus setelah segala urusan dokumentasi diselesaikan.

Ronaldo bakal menjadi orang kedua menyaman Juventus ketika ini setelah Leonardo Bonucci juga ingin melakukan tindakan yang sama kepada Juventus atas alasan kekurangan latihan dan persediaan sepanjang bersama Juventus.

Advertisements

Ronaldo pernah menjulang 2 gelaran Serie A dan 1 Piala Itali bersama Juventus sebelum beliau mengambil keputusan untuk kembali ke kelab lamanya, Manchester United pada tahun 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram