Cristiano Ronaldo Mengamuk, Kalah Kepada Pasukan Ke-55 Dunia
Eropah
beIN SPORTS
Advertisements

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo hilang sabar selepas Portugal tewas 2-0 kepada Slovenia dalam aksi persahabatan yang berlangsung baru-baru ini.

Ronaldo yang beraksi sepanjang 90 minit perlawanan bukan saja gagal menjaringkan gol untuk pasukan yang diberi jolokan A Seleção das Quinas itu.

Malah, bekas penyerang Manchester United itu berang dengan keputusan pengadil tidak memberi dua sepakan penalti kepada Portugal.

Advertisements

Lantas, tidak hairanlah sebaik tamat perlawanan, Ronaldo menunjukkan isyarat dua jari kepada pegawai keempat – merujuk kepada dua insiden berkenaan sebelum masuk ke bilik persalinan.

Video insiden tersebut dirakam lensa kamera beIN SPORTS sebelum dimuatnaik ke akaun X media berkenaan.

Ini kekalahan pertama Portugal di bawah bimbingan bekas pengendali Everton, Roberto Martinez selepas kekal tanpa kalah dalam 10 perlawanan.

Advertisements

Ronaldo sebelum itu tidak diturunkan dalam aksi menentang Sweden pada awal pagi 22 Mac lalu. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan 5-2 buat A Seleção das Quinas.

Selepas Slovenia, Portugal bakal berhadapan Finland, Croatia dan Ireland untuk tiga lagi aksi persahabatan pada musim panas ini sebelum kempen Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram