Cristiano Ronaldo Nyaris Cedera Teruk
MakanBola
Selecoes de Portugal
Sponsors

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo nyaris mengalami kecederaan teruk selepas tamat perlawanan terakhir Kumpulan F EURO 2024 pada 27 Jun lalu.

Ini selepas sekumpulan pegawai keselamatan bertindak menghalang seorang peminat yang cuba mendapatkan beliau semasa hendak kembali ke bilik persalinan.

Ad
Sponsors

Akhbar Daily Mail melaporkan peminat tersebut berusaha mendekati Ronaldo dengan melompat ke laluan tangga menuju ke bilik persalinan. Sebaik menyedari apa yang berlaku, seorang pengawal keselamatan segera berada di hadapan bekas penyerang Manchester United itu.

Ad

Ronaldo yang terkejut kemudiannya menunjukkan isyarat tangan yang bermaksud, “Apa itu?”. Peminat tersebut kemudiannya ditahan pengawal keselamatan.

Perlawanan itu menyaksikan Portugal tewas 2-0 kepada Georgia dalam aksi terakhir kumpulan. Meskipun tewas, A Selecao tetap layak selaku juara Kumpulan F.

Ad

Insiden ini berlaku tidak lama selepas Ronaldo menolak beberapa peminat yang menceroboh padang semasa aksi kedua Kumpulan F menentang Turkiye pada 23 Jun lalu.

Ad

Perlawanan ini menyaksikan penyerang Al-Nasr itu bergambar dengan seorang peminat cilik berusia 10 tahun pada minit-minit akhir permainan.

Ad

Walau bagaimanapun, tindakan seorang peminat yang cuba menghampirinya semasa perlawanan mendorong Ronaldo menolak individu tersebut. Peminat berkenaan kemudiannya ditahan pasukan keselamatan stadium.

Susulan pelbagai insiden pelanggaran keselamatan membabitkan Ronaldo, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berjanji akan meningkatkan kawalan keselamatan di stadium. Ini bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pemain terpelihara sepanjang EURO 2024 berlangsung.

Portugal akan turun menentang Slovenia untuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik yang berlangsung pada awal pagi 2 Julai ini.