Cristiano Ronaldo Puji Man City “Mereka Amat Menakjubkan”
Eropah
CR7
Advertisements

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menyifatkan musuh setempat Manchester United, Man City sebagai sebuah pasukan yang menakjubkan.

Komen tersebut dibuat semasa beliau menjadi panel Globe Soccer Awards yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Ronaldo berpandangan sedemikian kerana pasukan itu berjaya menggondol tiga trofi dalam musim 2022-2023. Tiga trofi yang dimenangi City pada musim lepas ialah Liga Perdana Inggeris (EPL), The FA Cup dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Advertisements

Selain cemerlang meraih tiga trofi tersebut, Ronaldo turut memuji corak permainan menarik yang dipamerkan City di bawah bimbingan jurulatih Sepanyol, Pep Guardiola.

“Manchester City melakukan sesuatu yang mengagumkan. Tahniah atas musim mereka (yang cemerlang). Pemain, jurulatih. (Mereka) hebat.

“Akhirnya, mereka berjaya memenangi UCL, mereka berhak mendapatnya dua tahun lalu. Saya seronok melihat mereka bermain,” katanya seperti yang dipetik akhbar The Sun.

Advertisements

Selepas komen tersebut timbul di media sosial, ramai penyokong United tidak berpuas hati dengan Ronaldo kerana memuji musuh setempat mereka.

Sementara itu, melihat kepada prestasi cemerlang City ketika ini, legenda Portugal itu tidak terkejut sekiranya kelab itu berjaya meraih kejuaraan UCL buat kali kedua musim ini.

Selain City, Ronaldo turut menamakan Real Madrid dan Bayern Munich sebagai pasukan pilihan untuk merangkul trofi UCL.

Advertisements

“Saya fikir Manchester City mempunyai peluang terbaik untuk menang UCL lagi musim ini. Saya harap tidak (mereka tidak memenangi UCL) tapi saya fikir mereka ada peluang,” katanya seperti dilaporkan Sportbible.

Ronaldo kini mewakili Al-Nassr selepas meninggalkan United pada November 2022. Sebelum kembali ke Old Trafford buat kali kedua pada musim 2021-2022, beliau mendedahkan pernah mendapat tawaran berpindah ke Stadium Etihad.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram