Aksi perlawanan Acud Cup Final Cairo di antara pasukan Croatia dan Mesir berakhir dengan Croatia menewaskan lawan dengan keputusan 4-2.
Perlawanan separuh masa pertama bermula dengan garang apabila masing-masing mempamerkan aksi yang cemerlang untuk mendapatkan gol pembukaan.
Anak buah Hossam Hassan tidak mengambil masa yang lama apabila pada minit keenam perlawanan menerusi sepakan daripada Ramy Rabia sekaligus menewaskan penjaga gol Croatia.
Tersentak dengan gol pertama daripada Mesir, skuad bimbingan Zlatko Dalić terus mencari gol penyamaan dan akhirnya pemainnya Nikola Vlaśić berjaya meledak gol pertama Croatia bagi mengikat kedudukan.
Kedudukan seri antara kedua pasukan 1-1 itu kekal sehingga wisel separuh masa kedua tamat.
Bersambung babak kedua, Croatia memulakan dengan garang apabila pemainnya Bruno Petković berjaya mencetak jaringan yang kedua buat Croatia pada minit ke-57 perlawanan
Vatreni teruskan momentum kemenangan dengan menjaringkan gol yang ketiga menerusi pemainnya, Andrej Kramarić pada minit ke-77 perlawanan dan hanya selang beberapa minit, Lovro Majer berjaya meledak gol yang keempat buat Croatia.
Mesir mendapat momentum di saat akhir untuk bangkit merapatkan kedudukan dan akhirnya The Pharaohs menjaringkan gol yang kedua buat pasukan menerusi pemainnya, Mohamed Abdelmonem pada minit masa tambahan ke-94 perlawanan.
Tamat permainan, keputusan kekal sehingga wisel penamat separuh masa kedua sekaligus Croatia membawa pulang trofi kemenangan dalam saingan Acud Cup Final Cairo.