Transfer
Sri Pahang FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Sri Pahang difahamkan berusaha untuk memantapkan jentera serangan pasukan bagi separuh kedua Liga Super.

Advertisements

Skuad bimbingan Fandi Ahmad terpaksa melupakan khidmat Lucas Silva namun kecederaan pemain itu menyaksikan beliau gagak kembali ke prestasi terbaiknya.

Menerusi satu perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, beliau memaklumkan bahawa Tok Gajah mempunyai dua calon untuk mengisi posisi tersebut.

Advertisements

Antara salah seorang calon ialah bekas pemain Negeri Sembilan, Alain Akono untuk memperkuat pasukan.

Akono kini beraksi di liga kedua Arab Saudi, Najran SC dan menjadi watak penting di bahagian serangan pasukan.

Advertisements

Perbincangan bersama pemain berusia 27 tahun itu bagaimanapun terhenti tatkala gagal mencapai persetujuan yang diharapkan.

Namun begitu, Sri Pahang masih memiliki seorang lagi calon iaitu penyerang dari Brazil namun identiti pemain itu tidak didedahkan.

Terdapat ura-ura mengaitkan bahawa penyerang Brazil, Matheus Babi yang beraksi di Serie A Brazil, Club Atletico Paranaense.

Penyerang berusia 25 tahun itu baru saja menamatkan tempoh pinjamannya bersama kelab Liga Portugal 2, CD Santa Clara.

Setiap pasukan Liga Super ketika ini rancak mengumumkan kemasukan pemain baharu bagi memperbaiki kedudukan selain memberi saingan terbaik bagi baki saingan musim ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram