“Dalam 3 Tahun Liga Malaysia Boleh Setanding Jepun” Hadi Fayyadh
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Penyerang muda berbakat Perak FC, Hadi Fayyadh yakin dengan kemampuan Liga Malaysia untuk bersaing dengan liga utama di Asia dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

Dalam satu temubual bersama Astro Arena, pemain berusia 23 tahun ini menyatakan bahawa keputusan beliau untuk kembali beraksi di Malaysia adakah disebabkan kesungguhan Perak.

Beliau tertarik dengan usaha pihak pengurusan baharu The Bos Gaurus yang benar-benar mahukannya dalam membina sebuah projek jangka panjang di sana.

Advertisements

Mengulas lanjut, bekas penyerang JDT ini mengakui tidak terdapat perbezaan yang ketara antara kualiti Liga Malaysia dan Liga Jepun.

“Bagi saya tak banyak beza, cuma kalau main di sana sejuklah. Sejujurnya bukan mudah untuk beraksi di Malaysia dan liga kita antara liga yang bagus.”

Beliau juga percaya Liga Malaysia mampu memcapai tahap yang sama seperti Liga Jepun dan Korea.

Advertisements

“Saya percaya dalam tempoh 3,4,5 tahun ini saya harap kita dapat setanding dengan Liga Jepun dan Korea,” jelasnya kepada Astro Arena.

Perak kini berada dalam kedudukan yang agak baik bagi permulaan musim apabila berada pada tangga ke-7 selepas 5 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram