Pertahanan kental Sri Pahang FC, Azrif Nasrulhaq seakan ‘hidup semula’ selepas aksinya pada musim ini kembali mencuri tumpuan.
Pemain berusia 32 tahun itu merupakan antara 4 orang pemain yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memantapkan jentera pertahanan pasukan.
Beraksi di bawah kendali Fandi Ahmad, beliau jelas diberi kesempatan untuk menyinar semula apabila menjadi watak penting buat Tok Gajah musim ini.
Setelah lebih banyak beraksi bersama JDT ll sejak dua musim kebelakangan ini, bekas bintang Selangor ini membuktikan beliau masih memiliki kaliber untuk mengisi slot dalam kesebelasan utama di Liga Super.
Pada musim ini, Azrif sudah pun beraksi sebanyak 11 perlawanan dan menjadi pemain dengan minit bermain terbanyak bagi pemain Sri Pahang dengan 982 minit setakat ini.
Anak jati kelahiran Selangor ini juga berjaya mencatatkan satu bantuan gol dengan merekodkan 13 fouls won dan hanya bolos 11 musim ini.
Kecemerlangan Azrif yang boleh beraksi pada beberapa posisi seperti pertahanan kanan dan kiri memberi kelbihan buat pemain ini untuk merebut tempat bersama kelab Pantai Timur itu.
Sri Pahang akan berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim dengan kedua-dua pasukan masih belum merekodkan sebarang kekalahan setakat 11 perlawanan dengan rekod cemerlang JDT sudah pasti mahu dicalarkan oleh mereka yang kini berada pada tangga ke-3 liga.