Dani Alves Berdepan Hukuman Penjara 9 Tahun
Eropah
Daniel Alves
Advertisements

Bekas bek kanan Brazil, Dani Alves berdepan kemungkinan dikenakan hukuman penjara untuk tempoh yang lama.

BBC Sport melaporkan pendakwa raya Sepanyol mahukan bekas pemain pertahanan Barcelona itu dihukum penjara selama sembilan tahun atas kesalahan rogol.

Alves didakwa merogol seorang wanita Sepanyol di sebuah kelab malam di Barcelona sebelum ditahan pihak berkuasa pada Januari lalu.

Advertisements

Bekas bek kanan Sevilla itu pada awalnya menafikan mengenali mangsa. Alves kemudiannya mengakui mengenali mangsa dan mendakwa hubungan seks yang dilakukan bersifat sukarela.

Sejak itu, beliau ditahan di penjara Sepanyol tanpa diberi ikat jamin oleh mahkamah. Perbicaraan kes Alves dijangka bermula pada awal tahun depan mengikut laporan Daily Mail.

Susulan itu, kontraknya bersama kelab Liga MX, U.N.A.M ditamatkan serta-merta selepas beliau ditahan.

Advertisements

Selain kesalahan rogol, pendakwa raya Sepanyol juga dijangka menambah tuduhan penderaan ke atas Alves.

Ini selepas mangsa mendakwa dirinya dipukul dan ditampar oleh legenda Brazil itu sebelum dirogol.

Selain hukuman penjara sembilan tahun, pendakwa raya juga mahu Alves membayar pampasan berjumlah £130,000 (RM767,000) kepada mangsa.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram