Daniel Ting Hargai Pengalaman Positif ACL2
MakanBola
Ratchaburi FC

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Daniel Ting menghargai pengalaman beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bersama Ratchaburi FC.

Ini kerana pada hemat bekas pemain pertahanan Sabah FC itu, pengalaman beraksi dalam kejohanan Asia itu sangat berharga buat dirinya.

Daniel berpandangan sebegitu kerana ini memberi peluang buat dirinya bersaing dengan kelab-kelab hebat Asia termasuk kelab J-League 1, Gamba Osaka.

“Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) sudah tentu satu kejohanan besar. Ini kali pertama saya bermain dalam kejohanan ini jadi ia sesuatu yang bagus.

“Suasana yang bagus dalam stadium, padang-padang yang bagus dan pengalaman bagus beraksi menentang pasukan J-League.

J-League 1 mungkin dianggap liga paling hebat di Asia, jadi ia satu pengalaman yang bagus dan seronok sebenarnya beraksi menentang pasukan sebegitu. Jadi, saya cukup menikmatinya setakat ini,” katanya.

Daniel membantu Ratchaburi mara sehingga ke peringkat suku akhir ACL2. Kemaraan mereka disekat Gamba dengan keputusan agregat 3-2.