Dari JDT Ke Itali, Angel Acena Kini Bersama Udinese
MakanBola
JST/UD1896

Bekas jurulatih kecergasan Johor Darul Ta’zim (JDT), Angel Acena Rodriguez kini sah berkelana ke Itali untuk menyertai kelab Udinese Calcio.

Sebelum ini, Angel mengucapkan selamat tinggal kepada JDT setelah lebih dua tahun menabur bakti dan mengukir kenangan manis bersama kelab gergasi selatan tanah air itu.

“Sudah tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal (atau mungkin jumpa lagi nanti) kepada keluarga JDT, rumah saya selama 2 tahun setengah yang lalu,” tulis Angel Ancena di laman media sosial.

Kini, menerusi sebuah hantaran terbaru, Angel Acena telah mengesahkan bahawa Itali menjadi destinasi baharu beliau apabila sah menyertai kelab Serie A, Udinese Calcio 1896.

”Fasa seterusnya,” tulis Angel Acena sambil menyebut Udinese Calcio dan Serie A di ruangan kapsyen.

Untuk makluman, Angel Acena memiliki pengalaman luas selaku jurulatih kecergasan di beberapa negara seperti di Sepanyol, England, Costa Rica dan juga Qatar.

Malah, beliau yang pernah bersama kelab ternama England, Watford FC turut memiliki memiliki kajian sendiri berkenaan dunia kecergasan di Health Sciences Institute, Castile-La Mancha.